Belum

March 21st, 2008 by ashrap

Bulan lepas aku betul-betul sibuk, bukan sebab pilihanraya. Aku diberi tugasan untuk design chalet vip kat kem balak dalam hutan Grik.  Hutan nih terletak 20 km dari Pekan Jeli dan hampir dengan sempadan Perak-Kelantan. Jalan masuk ke kem dari Jalan Grik-Jeli adalah jalan lori balak sejauh 10 km. Hanya kenderaan 4X4 dan lori balak saja yang mampu untuk masuk. Jalan masuk ni curam dan akan berselut kalau musim hujan. Lori pun boleh sangkut.

Hutan ini bersebelahan dengan hutan belum. Kerja-kerja pembalakan dibenarkan di sini. Cuaca sejuk sekitar 24 darjah celcius waktu siang. Aku berpeluang tidur di kem balak. Memang sejuk. Tidur berselimut toto atau sleeping beg pun masih rasa sejuk sampai ke tulang! Memang kami tak mandi pada pagi tu. Tunggu pukul 11 baru mandi. Tu pun sejuk jugak.

Air sungai di sini pun memang sejuk. Sejuk sampai ke tulang, rasa macam air sejuk dari dalam peti ais. Wah! Masa aku mandi tu jam 5.30 petang, macam mana yer kalau 5.30 pagi? Mesti celup kaki pun tak boleh!

Tak berapa jauh dari kem nih ada kampung orang asli keturunan jahai. Ada 8 buah rumah semuanya. Masa aku tengah seronok ambik gambar, aku nampak burung enggang nih atas pokok, jauh. Tau tau jer aku ambik gambar dia, terus dia datang dekat, duduk atas pokok nangka ni dan terus posing depan aku.

Pict0003_1

Chalet yang aku design.

Jahai_village Kg Orang Asli berhampiran

Pict0086_2

Burung enggang yang datang dekat.

Mapan atau mampan?

March 21st, 2008 by ashrap

Barang kali kita sering gunakan istilah ini untuk menulis laporan. Sebagai contoh ‘pembangunan mampan’. Ada juga yang menulis ‘pembangunan mapan’. Yang mana betul? Mapan atau mampan?

Merujuk kepada DBP, perkataan “mampan” bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dan istilah untuk kata inggerisnya iaitu sustainable. “Mapan” pula ialah kata adjektif yang membawa maksud kukuh atau mantap. Dalam bahasa Inggeris ialah ‘established’.

“Usaha-usaha dibuat bagi memastikan pembangunan mampan. Usaha-usaha itu akan turut memapankan lagi pembangunan."

"Sustainable development toward established development "

Untuk bacaan lanjut sila rujuk di http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klik4dis5.pdf

Cara nak download video dari Youtube

December 11th, 2007 by ashrap

Ramai yang tanya saya macamana nak download video dari laman Youtube. Awak pun tanya jugak semalam kan? Tak susah, senang je. Ikut aje panduan ini.

Mula-mula buka laman web youtube dan search video kegemaran awak. Kemudian buka laman web carian seperti google atau yahoo (as new window atau new tab) dan taip "youtube download page". Di sini awak akan dapat pelbagai laman web yang menawarkan perkhidmatan download video. Tapi saya syorkan laman web TechCrunch (http://www.techcrunch.com/get-youtube-movie/).

Kat laman TechCrunch tadi ada ruangan kosong sebelah teks "Enter Youtube URL" kat situ awak perlu copy URL dari laman web you tube dan ‘paste’kan kat ruangan tu. Ingat tau, URL tu ialah alamat web site yang mula ngan http tuu. Jangan copy dari "embed"!! Copy dari URL aje tau. Copy semua contohnya camni —> (http://www.youtube.com/watch?v=zJnhEkLNo_o)

Lepas tu awak perlu click button "Get video". Tunggu sekejap, mungkin ambil masa lama bergantung kepada kelajuan internet anda, selepas itu akan keluar paparan, awak click radio button "save to disk" dan click button "OK" apabila awak ditanya untuk download "getfile".

Save lah ini dimana-mana dalam komputer awak. Setelah download selesai, awak perlu rename file ini kepada "namafile.flv" (Sebagai contoh URL kat atas tadi tentang video kucing lawak, so saya namakan sebagai "kucinglawak.flv").  Awak kena namakan file tadi dengan extension ".flv", FLV ialah extension untuk file Flash Video, ini penting, nanti windows tak kenal file nih sebagai file flash video. 

Akhir sekali, awak boleh play file video tadi gunakan Windows Media Player ataupun Klite Mega Codec (classic media player). Selamat mencuba! Bagi ler komen kalau dah berjaya!

Kill virus Autorun.dll.vbs

December 3rd, 2007 by ashrap

PC awak dijangkiti bugs/virus? Autorun ke? Selalu ada dalam thumdrive ehh? Nama dia tu autorun.dll.vbs? kan? Hmm aku pun tak tahu samada itu virus ke bugs? Tapi aku tau, bende nih jahat. Dia bagi PC slow, nanti dia akan taruk IE awak "Hacked by Godzilla". Betul kan?

Ok.. cara untuk selesai ada kat bawah nih.  Awak copy semua text yang warna merah tu… kemudian buka notepad, save sebagai file "kill_autorun.bat" . jangan lupa taruk ".bat" tu.. penting sebab nanti file tu tak jalan lak.. ok.. File nih boleh bersihkan semua drive dan thumb drive awak. Selamat mencuba.

@echo on
taskkill /im explorer.exe /f
taskkill /im wscript.exe
start reg add HKCU\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\EXplorer\Advanced /v ShowSuperHidden /t REG_DWORD /d 1 /f
start reg import kill.reg
del c:\autorun.* /f /q /as
del %SYSTEMROOT%\system32\autorun.* /f /q /as
del d:\autorun.* /f /q /as
del e:\autorun.* /f /q /as
del f:\autorun.* /f /q /as
del g:\autorun.* /f /q /as
del h:\autorun.* /f /q /as
del i:\autorun.* /f /q /as
del j:\autorun.* /f /q /as
del k:\autorun.* /f /q /as
del l:\autorun.* /f /q /as
del m:\autorun.* /f /q /as
del n:\autorun.* /f /q /as
del o:\autorun.* /f /q /as
del p:\autorun.* /f /q /as
del q:\autorun.* /f /q /as
del r:\autorun.* /f /q /as
del s:\autorun.* /f /q /as
del t:\autorun.* /f /q /as
del u:\autorun.* /f /q /as
del v:\autorun.* /f /q /as
del w:\autorun.* /f /q /as
del x:\autorun.* /f /q /as
del y:\autorun.* /f /q /as
del z:\autorun.* /f /q /as
start explorer.exe

Check virus

November 27th, 2007 by ashrap

Tak pasti samada ada virus dalam PC korang? dan korang tak puas hati ngan antivirus yang ada… hmm.. apa kata korang try program RegRun Reanimator 5.5.923 utk check samada ada ke virus sedang berpesta dalam memori PC korang.. korang boleh download kat http://www.greatis.com/security/download.htmVirus31

Virus Jambanmu.com

November 27th, 2007 by ashrap

Adakah komputer awak dijangkiti virus jambanmu.com ? Cepat-cepat lah buangkan, sebabnya, untuk pengetahuan awak, virus ini adalah variant virus ‘trojan.win32.vb.ayo’. Ianya juga dikenali sebagai “flash.10.exe”.
“W/2.Virus.Jamban.Busuk.BlaBla”. Virus Trojan merbahaya oleh kerana tujuan ianya ditulis/program untuk mencuri maklumat dengan masuk ke komputer kita tanpa kita sedar (back door). "Trojan" adalah jenisnya, tapi aku lebih suka panggil virus nih dengan nama Melayu iaitu TOYOL. Toyol ngan trojan nih sama jer. sama ada curi maklumat atau pun curi password akaun maybank2u awak.. hehehee.. awak takut??

Okaylah.. kat sini saya ada penawarnya. Jangan la risau sangat.

Mula-mula awak copy text warna merah kat bawah ni, copy semua sampai hujung.

Echo This will remove and recover back your windows from flash 10 virus.
taskkill /f /im flash.10.exe /t
@reg delete hkcu\software\microsoft\windows\currentversion\policies\system /v disableregistrytools /f
@reg delete HKLM\Software\Classes\.empty /f
@reg delete HKLM\Software\Classes\.fold /f
@reg delete HKLM\Software\Classes\.ie /f
@reg delete HKLM\Software\Classes\.lagu /f
@reg delete HKLM\Software\Classes\.msn /f
@reg delete HKLM\Software\Classes\.pikz /f
@reg delete HKLM\Software\Classes\.texz /f
@reg delete HKLM\Software\Classes\.vidz /f
@reg add HKLM\Software\Classes\comfile\DefaultIcon /ve /t REG_SZ /d %systemroot%\System32\shell32.dll,2 /f
@reg add HKLM\Software\Classes\.vbs /ve /t REG_SZ /d vbsfile /f
@reg delete HKLM\Software\Microsoft\JambanMuV2 /f
@reg delete HKLM\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\policies\Explorer /v NoFolderOptions /f
@reg add "HKLM\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon" /v Shell /t REG_SZ /d Explorer.exe /f
@reg add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced /v Hidden /t REG_DWORD /d 00000001 /f
@reg add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced /v ShowSuperHidden /t REG_DWORD /d 00000001 /f
@reg delete HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoFind /f
@reg delete HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer /v NoFolderOptions /f
@reg delete HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run /v "Windows MSN" /f
@reg add "HKCU\Software\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Windows" /v load /t REG_SZ /d "" /f
@reg delete HKCU\Software\Policies\Microsoft\Windows\System /v DisableCMD /f
@attrib -s -h -r C:\DOCUME~1\ALLUSE~1\STARTM~1\Programs\Startup\(Empty).empty
@del C:\DOCUME~1\ALLUSE~1\STARTM~1\Programs\Startup\(Empty).empty
@attrib -s -h -r c:\windows\system32\cmd.com
@attrib -s -h -r c:\windows\system32\dxdiag.com
@attrib -s -h -r c:\windows\system32\Flash.10.exe
@attrib -s -h -r c:\windows\system32\JambanMu.com
@attrib -s -h -r c:\windows\system32\msconfig.com
@attrib -s -h -r c:\windows\system32\ping.com
@attrib -s -h -r c:\windows\system32\regedit.com
@del c:\windows\system32\cmd.com
@del c:\windows\system32\dxdiag.com
@del c:\windows\system32\Flash.10.exe
@del c:\windows\system32\JambanMu.com
@del c:\windows\system32\msconfig.com
@del c:\windows\system32\ping.com
@del c:\windows\system32\regedit.com
@attrib -s -h -r c:\progra~1\common~1\micros~1\macromedia.10.exe
@del c:\progra~1\common~1\micros~1\macromedia.10.exe
@attrib -s -h -r c:\progra~1\common~1\micros~1\dao\MSN.msn
@del c:\progra~1\common~1\micros~1\dao\MSN.msn
@attrib -s -h -r "c:\docume~1\User\mydocu~1\My Secret.fold"
@attrib -s -h -r "c:\docume~1\User\mydocu~1\mymusi~1\New Song.lagu"
@attrib -s -h -r "c:\docume~1\User\mydocu~1\mymusi~1\New Video.vidz"
@attrib -s -h -r c:\docume~1\User\mydocu~1\mypict~1\aweks.pikz
@attrib -s -h -r c:\docume~1\User\mydocu~1\mypict~1\seram.pikz
@del "c:\docume~1\User\mydocu~1\My Secret.fold"
@del "c:\docume~1\User\mydocu~1\mymusi~1\New Song.lagu"
@del "c:\docume~1\User\mydocu~1\mymusi~1\New Video.vidz"
@del c:\docume~1\User\mydocu~1\mypict~1\aweks.pikz
@del c:\docume~1\User\mydocu~1\mypict~1\seram.pikz

Lepas tu awak buka program notepad, paste kat situ.. save file nih sebagai "bunuhjamban.bat" atau "jambankill.bat" what ever awak suka.. tapi ".bat" tu wajibbbb bebb!! Mesti taruk ‘bat’. Sebab ‘.bat’ tu ialah extension untuk batch file.. kalau tak letak ‘.bat’ tu, nanti sistem komputer tak kenal lak file tadi sebagai program.

Kemudian, awak double click jer file tadi. nanti awak akan nampak window gelap ngan tulisan bergerak gerak.. bila dah habis, dia akan close sendiri. Semua selesai.

 

kemudian jangan ler pulak awak cucuk-cucuk pulak thumb drive  sebelum instal atau update antivirus yer.. kalau kena virus tu lagi, awak double click jer file tadi. Ok.. selamat mencuba!

Kalau tak leh jugak.. awak try ler link nih

http://soleh.net/2007/09/26/cara-remove-virus-jamban/

Zul dah kahwin

July 10th, 2007 by ashrap

Image_00076_2 Majlis perkahwinan Zulkifli Othman (JPBD HQ dan Siti Norfahaana (JPBD Perak) telah diadakan pada 7 Julai 2007 di Dewan Majlis Perbandaran Seri Manjung. Majlis perkahwinan di Jerantut (kediaman Zul) akan diadakan pada 14 Julai 2007. Tahniah Zul! Semoga kekal hinga ke anak cucu!

Tebuan 2

July 3rd, 2007 by ashrap

sambungan Tebuan.

Lepas tu Prof. WMY  gelak jer. Dr. Jamalullail pulak tanya, "So, Faizal can you give me the definition of Town Planning?. Well, Dr., what I can remember, err because this subject is a long ago in semester one.. hmmm Definitely Planning is a combination of art and science in arrangement of landuse, infras, facilities, transportation, development..(then aku goreng je larr..) hehe.. Tak sangka plak lepas aku dapat masuk degree, baru aku tau yang Dr. J memang sangat suka ngan definisi art & science macam yang aku cakap tu.. (walau aku cakap tu cuma 10% je tepat..) hehehe…

PKNP
Today is my 3 day in SEDC (State Economic & Development Corporation). I’m appointed under subsidiary company, Perak Industrial Resources. My job? still using the very basic Jose Sert’s classic method of art & science for site planning and consideration. Now…  very busy with Perak’s Halal Hub project. It is a hard and stressful work, but.. im ok. I’ll take it as a challenge!

"how far can you go, how many stories can you tell them"
Artist: Cromok. Albums: 2nd album - Forever In Time. Song: MIsery

to be continued….

Wanita juga buaya darat

June 26th, 2007 by ashrap

Perasaan, apakah itu? Sering kita dengar, perasaan seorang wanita yang ditinggalkan, dipermainkan atau diperdayakan. Lebih baik lagi saya katakan tentang perasaan wanita, tanpa sebab di tinggalkan oleh seorang yang bernama lelaki. Mungkin cerita-cerita saya ini bakal menimbulkan ketegangan bagi wanita. Tapi, inilah hakikat, wanita sekarang lebih menakutkan, menakutkan untuk didekati oleh lelaki.

Apa yang saya akan ceritakan ini adalah sekadar untuk berkongsi cerita. Untuk mana-mana wanita yang tidak menghargai perasaan. Saya percaya, wanita seperti ini bukan sahaja tidak pandai menghargai perasaan teman lelakinya, tetapi juga keluarganya, ibu dan bapanya sekali gus kawan-kawan yang lain.

Saya bukanlah seorang yang anti perempuan. Saya juga seorang ‘pencinta wanita’. Saya suka nyanyi lagu Pencinta Wanita nyanyian Irwan Shah, dan saya suka mendampingi wanita. Apa yang akan anda baca ini mungkin berbau anti wanita. Tidak, saya bukan anti wanita. Saya sendiri berbau BVLGARI (hadiah teman wanita) dan saya menghargainya.

Stephen, seorang kenalan, bingung apabila ditinggalkan oleh teman wanitanya. Melalui SMS, Melissa memutuskan hubungan yang sudah 3 tahun. Persoalannya mengapa? Persoalan inilah yang mula-mula ingin juga diketahui oleh Stephen. Stephen kusut. Stephen cuba memujuk Melissa. Mencari-cari apakah salahnya, adakah dia terlupa tentang Melissa? Atau terabai seketika. Belum sampai setahun Stephen bertugas di KL, Melissa mulai berubah. Stephen tidak pernah mengabaikan Melissa. Stephen nekad, malam ini dia perlu pulang dan berjumpa dengan Melissa. Dia percaya, masih ada harapan untuk memujuk Melissa. Stephen tak mahu menerima keputusan Melissa yang terburu-buru. Malam itu, Stephen meminta saya menghantarnya ke terminal LCC, dia pulang segera ke KK untuk bertemu sendiri dengan Melissa. Di KK, Melissa banyak berdolak-dalik dan tidak mahu bertemu.

Stephen kembali ke KL dan masih mencari jawapan. Akhirnya laman Myspace Melissa mendedahkan segala-galanya. Stephen terguris, setelah terbaca message di antara Melissa dengan kawan-kawanya di Myspace, yang akhirnya mendedahkan pekung di dada Melissa. Di situlah Melissa membuat pengakuan dengan kawan-kawanya yang dia telah curang dan menduakan Stephen. Mungkin Melissa tahu yang dia tidak patut tertarik dengan Daniel, namun dirahsiakan dari pengetahuan Stephen. Walaupun Melissa mengsetkan message itu sebagai ‘private’, tapi Melissa tersilap, ini dunia IT, maklumat tanpa sempadan, dia terlupa yang Stephen boleh akses maklumat tersebut melalui kawan-kawan Melissa yang lain. Stephen tercalar, sanggup Melissa mempermainkan kejujurannya dan kesetiaan 100 peratus yang diberikan.

Bagi saya, wanita seperti Melissa memang tidak akan puas dengan satu, ego dan mementingkan diri sendiri. Saya percaya dan yakin, bukan semua wanita begitu tetapi apabila hati tertarik kepada orang ketiga, hati wanitalah yang paling cepat berubah. Betul apa yang dikatakan, cinta itu buta, dan buta lagi Melissa yang tidak dapat melihat apa itu cinta sejati.

Stephen, mungkin ada wanita lain yang lebih baik untuk kamu. Tetapi bagi Stephen, berat hati untuk melupakan Melissa. Setelah perpisahan itu, Melissa masih lagi berSMS dengan Stephen, memohon maaf. Dan SMS yang sering diterima Stephen ialah “awak marah saya lagi ke?” dan “Kita berkawan biasa boleh?” Sudahlah Melissa, tak patut apa yang kamu buat. Kamu sudah ketemu dengan orang baru. Tidak malukah kamu? Sanggup lagi untuk berkawan dengan Stephen walau setelah kamu hancurkan cintanya? Untuk apa? Cukuplah Melissa, kau tak perlukan Stephen. Menjadi kawan pun kau tak layak. Melissa, jangan ambil mudah. Don’t take it for granted!

Tapi tak mungkin Stephen menerima Melissa sebagai kawan, setelah kasih sayang yang dicurahkan 100 peratus hancur berkecai. Tak sanggup untuk dilukai sekali lagi. Tidak malu Melissa, setelah memainkan perasaan dan cinta Stephen, dan untuk memulihkan keadaan yang buntu dan menghilangkan rasa bersalahnya, sanggup menawarkan diri untuk berkawan lagi dengan Stephen. Melissa? Adakah hati mu terlalu murah dan mudah dijual beli? Di mana maruah mu Melissa? Wanita seperti Melissa patut digelar ‘buaya darat’ atau lebih baik dipanggil ‘biawak bukit’. Biawak juga pemakan bangkai seperti buaya.

Stephen, relax bro, you still have your life, don’t ever put a girl half than your life, put them only for quarter of you life. But don’t tell them the truth; lie to them because they love to hear it. If not, they will not satisfy. Sorry girl, that’s only the way to make you happy. Stephen, cheers up mate! Somebody is waiting for you out there; she’s waiting you and need your love too. You have to go out and find her!

Misery II

June 25th, 2007 by ashrap

Kelam, Malap, Malam yang suram, walau hiruk piruk kota SA, tak bisa menghiburkan aku. Waktu libur juga, tetap tak bisa rawat kesunyian. Walau mana aku melangkah, atau menyusup laju dengan roda-roda ku, Mencelah arus lalu lintas KL, menyelit satu persatu kenderaan, sambil ditemani deruman enjin 110cc, tanpa bimbang bergesel atau tersembam, masih tak cukup utuk meredakan kebosanan.

Walau jauh aku berkelana, ada tak kemana-mana, walau mengasing diri seketika, ia hilang sebentar, kelak datang kembali, menghantui lagi, dan lagi dan lagi.

Kenapa? Ke mana? Entah. Lari? Mengapa masa silam, memburu, menghantui. Tiap-tiap detik selepas saat itu mandom, Membosankan, menyakitkan. Ah! Mana saja ku pergi, Kau ada aja!

Kau kenangan silam. Kau mencabar, membelenggu, menghambat aku. Pergilah, pergi. Aku perlukan ruang untuk diri sendiri.

Tuhan, tolonglah hamba mu ini, Berilah aku ketenangan, kedamaian, kegembiraan, Tuhan, Sayangilah aku. Berikan aku cinta, ciptaan Maha Karya. Dari Adam untuk Hawa.

Tapi Tuhan, mengapa setelah saat itu, aku sering serik menyayangi dia. Aku serik untuk lagi mencintai mereka. Mungkin ada getaran takut hati dilukai lagi. Cinta, berkali-kali ia datang dan pergi, datang dan pergi, dan hari ini ingin datang lagi. Apakah kali ini ujian mu Tuhan? Anugerah Maha Karya.

Andai begitu, Aku reda dan pasrah, dan berikanlah aku perasaan cinta itu sekali lagi, agar aku bisa curahkan segalanya dan mencintai sekali lagi kaum Hawa itu, sebagaimana pertama kalinya Adam dan Hawa.

Namun, andai itu bukan. Hati ini akan terluka lagi, aku takut, namun aku reda dan pasrah.

Pada mu Kekasih, akan ku terus sujud pada Mu, membentang sejadah mengharap kasih Mu, zikir kesetiaan dan cinta ku, hanya pada Mu tuhan yang Maha Esa. Astafiruka Hainnallaha kanatauwaba.

Faizal Nayan 25 Jun 2007 12:21 pagi Restoran Khulafah, Seksyen 7, SA.