Archive for September, 2006

ASP Zairol tamat latihan

Monday, September 4th, 2006

Dsc00320



Pada pagi Selasa,
29 Ogos 2006. dimulakan dengan tiupan semboyan Polis Di-Raja Malaysia, acara
perbarisan tamat latihan kadet ASP, Inspektor dan Konstabel yang berlangsung di
PULAPOL Jalan Semarak ini sungguh meriah sekali. Tahniah kepada sahabat kita
ASP Zairol Nizal Ishak. Beliau telah tamat latihan dan turut mendapat anugerah
Kadet Terbaik Keseluruhan. 

Berasal
dari Kuala Nerang, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan
Wilayah (Kepujian) Kelas Pertama, UiTM Shah Alam, mempunyai cita-cita untuk
menjadi Pegawai Polis sejak dibangku sekolah lagi. Setelah tamat persekolahan,
beliau melanjutkan pelajaran di dalam bidang Perancangan Bandar daripada
peringkat sijil di POLIMAS dan Diploma di UiTM Seri Iskandar Perak.

Dsc00321Walaupun
mempunyai pendidikan di dalam
bidang perancangan bandar, namun ASP Zairol juga
sangat berminat di dalam bidang kepolisian. Semasa di kolej, beliau diberi nama
jolokan ASP Z oleh kerana beliau mempunyai perwatakan seperti seorang anggota
polis. Sungguh tidak di sangka-sangka, gurauan dan usikan rakan-rakan karib ini
telah menjadi kenyataan. Diharapkan ASP Zairol akan terus maju dimasa hadapan meneruskan kerjaya sebagai Pegawai Polis dan turut membawa bersama pengalaman dan  kepakaran  sebagai Perancang Bandar di dalam bidang kepolisian. Syabas ASP!

(lagi gambar di dalam album)