Scything ?
Hello & Salam Sejahtera.
Apa khabar? Sihat ke?
Diharapkan semua sihat-sihat aja. Ada yang demam ke? Elok-elok.. makan ubat tau. Kalau tak baik juga, cepat-cepat jumpa dokter, kenapa? Kenalah pastikan takut-takut terkena demam denggi ke, malaria ke. Mana lah tau, dunia sekarang nih banyak musibah, di sana-sini banjir, panas.. tanah runtuh.. gempa bumi! Ha.. betul tau, hari hari ada gempa bumi.. tak percaya?? Buka laman web Jabatan Metereologi. Boleh klik sini Jadual Gempa yang dah berlaku,
Tsunami ? Earth Quake Alert, atau Jabatan Metereologi.
Sebenarnya masa kita tidur, masa kita kerja, masa kita melepak, ada ja gempa bumi yang sedang berlaku.. Siapa-siapa yang kerja atau tinggal kat bangunan tinggi tu, kalau ada rasa goyang-goyang, sejam lepas tu tengok-tengok la laman web tu. Ada ke tak de ke gempa bumi.. kalau ada.. buat lah sembahyang taubat. He he he.
Orait… kita gi ke main topic lahh. Sapa sapa pon tak nak tanya aku apa maksud scything? Wah wah.. bagi bebudak TESL & TESOL a.k.a EL.. mesti tau. Bagi townplanner macam kita lak .. ehh aku tau. Korang tau ke??
Scything membawa maksud, penyabitan atau menyabit. Betul tak cikgu?? hehe.. so Nature Scything bawa maksud menyabit alam sekitar. Sabit sama juga dengan tebas.. oleh itu boleh lah dianggap ‘Development Seeding, Nature Schyting?’ sebagai Menyemai Pembangunan, Menebas Alam sekitar?
Ingat tak? Dulu-dulu… kita belajar kat kelas dulu ngan Prof. Ahmad Faisal Alias masa tu Dip. lepas tu ngan Pn. Puziah masa Degree.. ingat tak.. ha kalau tak ingat.. tu belajar nak lulus exame semata-mata.. eleh.. tak nak kawan. Tapi bagi yang ingat.. bagussss.. alhamdulillah. Ingat tak, apa akan jadi bila kita giat membenihkan pembangunan dan melupakan alam semulajadi. Kesan rumah hijau, banjir kilat, pulau haba, elnino, lanina, tanah runtuh, pencairan ais kat kutub utara & selatan.. huhuh…
Oleh yang demikian kawan-kawan, sebagai Town Planner yang berilmu, janganlah kita merancang pembangunan dan lupa untuk memelihara alam sekitar? Jangan begitu. Kita patut sama-sama merancang pembangunan dengan memasukkan perancangan pemeliharaan alam sekitar di dalamnya. Tak perlu tunggu pelan Local Agenda atau lain-lain. Kita dah boleh mulakannya saat ini juga.
Macam mana nak buat?? Cara yang paling mudah ialah, pastikan masa pemaju-pemaju yang dok mintak kita buat pelan susunatur turut menyediakan tempat rekreasi yang lengkap dengan landskap. Atau dalam maksud lain sediakan kawasan lapang yang boleh digunakan dan jangan biarkan kawasan lapang tu lapanggggggg jeee.. tanam lah pokok!! hehehe.
Asal kata kawasan lapang.. engkau biar lapang lahhh.. kena la tanam pokok!!! Kawasan tadahan banjir pula kalau boleh keluasannya tu tidak termasuk sebagai 10% kawasan lapang. Tau.. ada setengah PBT tidak kisah an menganggap kolam tadahan boleh dikira sebagai kawasan lapang.
Rancanglah kawasan lapang yang berkonsepkan ‘Green Linkages, Green belt’ atau yang ada connection & continuity diantara beberapa kawasan lapang yang lain. Boleh buat track joging, pedestrian walkway dan macam-macam lagi. Baru lah perumahan kita ada kelas, ini lah rekabentuk kawasan perumahan yang menjadi pilihan pembeli masa kini. Dan lagi kawasan hijau kecik-kecik yang lebar dua-tiga kaki dan tak boleh buat apa-apa tu seperti divider jalan, tepi-tepi jalan & parit dijadikan sebagai ‘pocket garden’.
Orait.. jumpa lagi.. Good bye.
February 5th, 2007 at 2:33 am
Orang Utan yg comel..
yeah.. keep on planning as well as nurturing the nature.. make sure, after cutting down, u replant!
February 26th, 2007 at 10:15 pm
Ye larr.. mana lak menatang menatang cam katak, burung dan belalang nak tinggal.. kecian kat dianatang semerr..
August 25th, 2009 at 8:49 pm
Saya bersetuju dengan pendapat meminta supaya pemaju menanam pokok di kawasan lapang kawasan dimajukan. Pemajuan perumahan yang berkualiti akan meningkatkan nilai rumah di kawasan tersebut dari segi harga dan kualiti kehidupan. Memang ramai pemaju memanipulasi/mengambil kesempatan di atas ‘loop-hole’ yang wujud dalam ‘planning guidelines’ untuk menjadikan kawasan kolam tadahan dikira sebagai kawsaan lapang. Harap generasi Perancang tuan akan dapat memperbaiki keadaan ini untuk kesejahteraan semua.