Thank you, sir!
Aku ingat lagi pada hari ketika Tsunami menghempas bumi Acheh, masa yang sama aku sedang sarapan pagi dengan teman wanita di Vegas. Oleh sebab kami lewat bersarapan, kami pesan Kuew Tiaw Goreng dan Nasi lemak.
Beberapa minit kemudian datang seorang pelayan lelaki warga Myanmar, menghidangkan air kepada kami, selepas membayar harga air kepadanya, kami mengucapkan ‘thank you’ kepadanya. Dan terus meneguk air yang dihidangkan.
Beberapa minit kemudian kuew tiaw dihidangkan oleh pelayan yang sama, sekali kami mengucapkan ’thank you’. Pelayan tersebut pergi, tetapi tiba-tiba dia berpatah balik ke meja kami. Dengan senyuman dia berkata di dalam bahasa Inggeris, "thank you sir, since I work here, no body say thank you to me". Sambil tersenyum, dia pergi. Dan apabila kami ke Vegas lagi, dia ingat wajah kami!