Cara nak download video dari Youtube
Tuesday, December 11th, 2007Ramai yang tanya saya macamana nak download video dari laman Youtube. Awak pun tanya jugak semalam kan? Tak susah, senang je. Ikut aje panduan ini.
Mula-mula buka laman web youtube dan search video kegemaran awak. Kemudian buka laman web carian seperti google atau yahoo (as new window atau new tab) dan taip "youtube download page". Di sini awak akan dapat pelbagai laman web yang menawarkan perkhidmatan download video. Tapi saya syorkan laman web TechCrunch (http://www.techcrunch.com/get-youtube-movie/).
Kat laman TechCrunch tadi ada ruangan kosong sebelah teks "Enter Youtube URL" kat situ awak perlu copy URL dari laman web you tube dan ‘paste’kan kat ruangan tu. Ingat tau, URL tu ialah alamat web site yang mula ngan http tuu. Jangan copy dari "embed"!! Copy dari URL aje tau. Copy semua contohnya camni —> (http://www.youtube.com/watch?v=zJnhEkLNo_o)
Lepas tu awak perlu click button "Get video". Tunggu sekejap, mungkin ambil masa lama bergantung kepada kelajuan internet anda, selepas itu akan keluar paparan, awak click radio button "save to disk" dan click button "OK" apabila awak ditanya untuk download "getfile".
Save lah ini dimana-mana dalam komputer awak. Setelah download selesai, awak perlu rename file ini kepada "namafile.flv" (Sebagai contoh URL kat atas tadi tentang video kucing lawak, so saya namakan sebagai "kucinglawak.flv"). Awak kena namakan file tadi dengan extension ".flv", FLV ialah extension untuk file Flash Video, ini penting, nanti windows tak kenal file nih sebagai file flash video.
Akhir sekali, awak boleh play file video tadi gunakan Windows Media Player ataupun Klite Mega Codec (classic media player). Selamat mencuba! Bagi ler komen kalau dah berjaya!