Mapan atau mampan?

Barang kali kita sering gunakan istilah ini untuk menulis laporan. Sebagai contoh ‘pembangunan mampan’. Ada juga yang menulis ‘pembangunan mapan’. Yang mana betul? Mapan atau mampan?

Merujuk kepada DBP, perkataan “mampan” bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dan istilah untuk kata inggerisnya iaitu sustainable. “Mapan” pula ialah kata adjektif yang membawa maksud kukuh atau mantap. Dalam bahasa Inggeris ialah ‘established’.

“Usaha-usaha dibuat bagi memastikan pembangunan mampan. Usaha-usaha itu akan turut memapankan lagi pembangunan."

"Sustainable development toward established development "

Untuk bacaan lanjut sila rujuk di http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klik4dis5.pdf

Leave a Reply