Misery

June 20th, 2007 by ashrap

Misery,
itulah irama yang terngiang-ngiang
bermain-main di kotak hati,
ulang, diulang, dan berulang
mengapa? sepi…

Kekadang,
mata salah melihat,
mulut salah berkata,
hati salah menduga,

Kekadang,
Jelik di mata,
Jelik di hati,
Jelik di mana-mana?

Ahh,
Jangan pedulikan apa kata orang,
Jangan pedulikan pandangan orang,
Manusia tetap manusia
Diciptakan dengan cacat cela
Tanpa ada seorang pun yang sempurna
Terimalah ketidak sempurnaan itu,

Sepi.. sunyi dan sayu..

Mana semangat mu hai nyawa? Mana?
Mana kekuatan mu?
Mana segala?

Hidup harus diteruskan,
Jangan pandang belakang!
jalan biar terus ke depan, jatuh?
bangunlah.

Bacalah ayat-ayat dari tuhan mu
Ikutilah perintah dan suruhan tuhan mu
Teladani Rasul Allah yang diutuskan tuhan mu..

Kelak, tenang jiwa mu.
Amin ya rabbal alamin.

"There are so many paths to choose
So many ways to live
So many ways to end a dream
We still remain, your cruelty won’t change
Our laughter and cries are still the same
"
Song: Misery,
Artist: Cromok
Album: Forever in time

Tebuan

June 14th, 2007 by ashrap

Aduh! Sakit betul kena sengat tebuan. Pagi tadi aku on the way ke Sime UEP, meeting jam 9.30 pagi. Selepas tol batu 3, ada tebuan sesat hinggap kat kaki kiri aku, dekat bawah lutut. MasyaAllah, sakit bukan kepalang. Sebelum nih pernah disengat lebah, tiga kali dah, tapi tak sakit macam nih. Hari nih aku cancel semua appointment, terus patah balik ke Shah Alam untuk dapatkan rawatan.

Malam - aku demam. Tapi tadi keluar juga hantar Airwan naik bas balik Alor Setar, Kirk ngan Padil ada sekali. Lepas hantar Airwan, singgah jap CC sbb kirk nak check senarai temuduga di laman SPA. Wuiks! Ada! Nama aku pun ada, panggilan interview Peg. Perancang J41. 21 hb nih. T.A J29 25 hb pulak. Hmm..Tapi aku tak pergi kot, sebab aku dah dapat offer kerja di Perak.

Bila dapat offer nih, teringat janji aku ngan Prof Wan Mohamed  Yussof (Prof. WMY) tertunai sudah. Masa interview masuk degree dulu, aku ada janji nak develop negeri sendiri. "Why you wanna further your study?" ask Prof. WMY. "Well Prof. I wanna be a land developer, I wanna be among Malay developer in Perak and develop Perak state. WMY potong my word.. so it is about money? So I potong balik, yeah for me money is important, yes i agree, we need money for living. But our life is not for money. Duit untuk hidup, hidup bukan untuk duit.

To be continued…

ASLI DAN TULUS

June 4th, 2007 by ashrap

Segala penulisan di dalam blog ini adalah ASLI, tidak di salin dari mana-mana sumber lain. Namun begitu, saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya penulisan ini ada persamaan atau berkaitan dengan sesiapa atau menyinggung mana-mana pihak. Segala penulisan adalah milik saya dan saya berhak mengubah, menambah atau apa saja. Penyalinan semula dari blog saya ini dibenarkan tetapi, sila nyatakan sumbernya dari blog ini.

Mohd Faizal Nayan a.k.a Ashrap Mohamad
Studdmuffin Factory

Import vs tempatan

June 4th, 2007 by ashrap

Satu senario penting yang membuatkan aku dan kawan-kawan sering ke
restoran Mamak berbanding restoran yang lain ialah SERVIS. Kalau di Mamak
servisnya ‘out standing’ sehinggakan berebut-berebut pelayan asing warga India
di restoran mamak datang untuk melayan kami. Belum sempat duduk, di bawanya
kami ke meja, kemudian ambil pesanan. Pesanan sampai dengan cepat. Rasa macam
VIP ‘kayaknya’ apabila dilayan sebegitu.

Begitu
juga di restoran Thai, walau tak
sehebat lelaki-lelaki India yang boleh berlari ke sana kemari,
gadis-gadis Patani ni masih
sudi tersenyum melayan kami. Begitu juga pelayan import di restoran
Melayu. Ada
satu restoran Melayu di Seksyen 10, Shah Alam yang aku suka pergi tiap
kali hari Jumaat. Pemiliknya menggaji pelayan-pelayan import dari
Indonesia. Wah
servisnya bagus bangat. Customer juga ramai. Agaknya mereka nih sedar
diri dan tahu ini tempat orang. Mungkin lah.

Beza
dengan pelayan tempatan (bukan semua). Pelayan tempatan lebih suka
duduk di meja,
buat tak nampak sehingga dipanggil, ambil pesanan sambil mata menonton
siaran Akademi
Fantasia atau telenovela. Kadang-kadang duduk semeja dengan kami untuk
ambil pesanan. Wah wah.. hebatnya! Pernah terjadi, kawan aku order jus
Apple, ditulis oleh pelayan tadi AP. Kemudian pelayan lain bawa Air
Panas!! Ishk ishk!! Itulah, order orang lain, hidang orang lain, inilah
jadinya.

Kita sudah hilang budi bahasa

June 4th, 2007 by ashrap

Aku selalu keluar minum atau makan dengan
kawan-kawan. Al-maklumlah, aku bujang. Dan tiap kali aku bersama, selalu aku perhatikan kawan-kawan atau pelanggan-pelanggan merungut dan memaki hamun pelayan apabila servis kurang baik, pelayan
tersalah meja atau terlupa sesuatu. Iya, memang betul pelayan tersilap, dia juga manusia biasa, kekadang tersilap.
Betul, kita adalah pelanggan, tetapi adakah itu kuasa dan hak untuk kita maki
memaki sesama manusia. Masih ada cara iaitu menegur dengan baik, keras dan
positif. Bukannya maki dengan perkataan “bodoh”, “bahlul”, “p*** mak”, dan lain-lain
seumpamanya. Bukan aku nak berpihak pada pelayan itu, tetapi, mana perginya
budi bahasa kita sebagai orang Melayu?

Thank you, sir!

June 4th, 2007 by ashrap

Aku ingat lagi pada hari ketika Tsunami menghempas bumi Acheh, masa yang sama aku sedang sarapan pagi dengan teman wanita di Vegas. Oleh sebab kami lewat bersarapan, kami pesan Kuew Tiaw Goreng dan Nasi lemak.

Beberapa minit kemudian datang seorang pelayan lelaki warga Myanmar, menghidangkan air kepada kami, selepas membayar harga air kepadanya, kami mengucapkan ‘thank you’ kepadanya. Dan terus meneguk air yang dihidangkan.

Beberapa minit kemudian kuew tiaw dihidangkan oleh pelayan yang sama, sekali kami mengucapkan ’thank you’. Pelayan tersebut pergi, tetapi tiba-tiba dia berpatah balik ke meja kami. Dengan senyuman dia berkata di dalam bahasa Inggeris, "thank you sir, since I work here, no body say thank you to me". Sambil tersenyum, dia pergi. Dan apabila kami ke Vegas lagi, dia ingat wajah kami!

Hacking an ‘Apple’

May 15th, 2007 by ashrap

Semalam aku berjaya hack satu Apple Machintosh PowerBook G4. Entah macam mana aku pun tak sangka. Sebab aku biasa hacking operating sistem jenis Windows @ Microsoft sahaja.

Entah macam mana kelmarin kawan aku call. Lupa password katanya. Aku tanya windows apa? Dia kata Machintosh. Ahh sudah. Tapi, bawa lah, aku try.

Dapat je Powerbook G4 tu, aku pun godek punya godek pagi semalam. last last dapat solution nih.

Restart Powerbook.

Masa boot tu tekan command (key yg ada gambar apple)+S

Kemudian akan keluar kat screen tulisan ngan background hitam

bila keluar localhost% aku pun taip lah arahan-arahan ni

sbin/fsck -y [enter]

sbin/mount -uw / [enter]

rm /var/db/.applesetupdone [enter]

reboot [enter]

Powerbook G4 reboot dan password hilang. Ye haamasalah selesai.

Kalau nak tahu lebih lanjut lawat laman nih http://www.intelliot.com/blog/archives/2006/02/01/os-x-password-recovery-discussion/

Scything ?

February 4th, 2007 by ashrap

Tnorgutan02Hello & Salam Sejahtera.
Apa khabar? Sihat ke?
Diharapkan semua sihat-sihat aja. Ada yang demam ke? Elok-elok.. makan ubat tau. Kalau tak baik juga, cepat-cepat jumpa dokter, kenapa? Kenalah pastikan takut-takut terkena demam denggi ke, malaria ke. Mana lah tau, dunia sekarang nih banyak musibah, di sana-sini banjir, panas.. tanah runtuh.. gempa bumi! Ha.. betul tau, hari hari ada gempa bumi.. tak percaya?? Buka laman web Jabatan Metereologi. Boleh klik sini Jadual Gempa yang dah berlaku,
Tsunami ? Earth Quake Alert, atau Jabatan Metereologi.

Sebenarnya masa kita tidur, masa kita kerja, masa kita melepak, ada ja gempa bumi yang sedang berlaku.. Siapa-siapa yang kerja atau tinggal kat bangunan tinggi tu, kalau ada rasa goyang-goyang, sejam lepas tu tengok-tengok la laman web tu. Ada ke tak de ke gempa bumi.. kalau ada.. buat lah sembahyang taubat. He he he.

Orait… kita gi ke main topic lahh. Sapa sapa pon tak nak tanya aku apa maksud scything? Wah wah.. bagi bebudak TESL & TESOL a.k.a EL.. mesti tau. Bagi townplanner macam kita lak .. ehh aku tau. Korang tau ke??

Scything membawa maksud, penyabitan atau menyabit. Betul tak cikgu?? hehe.. so Nature Scything bawa maksud menyabit alam sekitar. Sabit sama juga dengan tebas.. oleh itu boleh lah dianggap ‘Development Seeding, Nature Schyting?’ sebagai  Menyemai Pembangunan, Menebas Alam sekitar?

Ingat tak? Dulu-dulu… kita belajar kat kelas dulu ngan Prof. Ahmad Faisal Alias masa tu Dip. lepas tu ngan Pn. Puziah masa Degree.. ingat tak.. ha kalau tak ingat.. tu belajar nak lulus exame semata-mata.. eleh.. tak nak kawan. Tapi bagi yang ingat.. bagussss.. alhamdulillah. Ingat tak, apa akan jadi bila kita giat membenihkan pembangunan dan melupakan alam semulajadi. Kesan rumah hijau, banjir kilat, pulau haba, elnino, lanina, tanah runtuh, pencairan ais kat kutub utara & selatan.. huhuh…

Oleh yang demikian kawan-kawan, sebagai Town Planner yang berilmu, janganlah kita merancang pembangunan dan lupa untuk memelihara alam sekitar? Jangan begitu. Kita patut sama-sama merancang pembangunan dengan memasukkan perancangan pemeliharaan alam sekitar di dalamnya. Tak perlu tunggu pelan Local Agenda atau lain-lain. Kita dah boleh mulakannya saat ini juga.

Macam mana nak buat?? Cara yang paling mudah ialah, pastikan masa pemaju-pemaju yang dok mintak kita buat pelan susunatur turut menyediakan tempat rekreasi yang lengkap dengan landskap. Atau dalam maksud lain sediakan kawasan lapang yang boleh digunakan dan jangan biarkan kawasan lapang tu lapanggggggg jeee.. tanam lah pokok!! hehehe.

Asal kata kawasan lapang.. engkau biar lapang lahhh.. kena la tanam pokok!!! Kawasan tadahan banjir pula kalau boleh keluasannya tu tidak termasuk sebagai 10% kawasan lapang. Tau.. ada setengah PBT tidak kisah an menganggap kolam tadahan boleh dikira sebagai kawasan lapang.

Rancanglah kawasan lapang yang berkonsepkan ‘Green Linkages, Green belt’ atau yang ada connection & continuity diantara beberapa kawasan lapang yang lain. Boleh buat track joging, pedestrian walkway dan macam-macam lagi. Baru lah perumahan kita ada kelas, ini lah rekabentuk kawasan perumahan yang menjadi pilihan pembeli masa kini. Dan lagi kawasan  hijau kecik-kecik yang lebar dua-tiga kaki dan tak boleh buat apa-apa tu seperti divider jalan, tepi-tepi jalan & parit dijadikan sebagai  ‘pocket garden’.

Orait.. jumpa lagi.. Good bye.

Udang Galah Kuala Rompin

January 28th, 2007 by ashrap

27 Januari 07 –

Kami bertolak dari Shah Alam lebih kurang jam 1.30
tengah hari. Kami ikut jalan Kuala Pilah. Kami sengaja tak mahu ikut Lebuh Raya
Karak, kalau ikut jalan lama ni tak bosan, boleh tengok pemandangan
rumah-rumah kampung disepanjang perjalanan. Dan duit tol boleh save buat makan.

Jam 5.30 petang, kami sampai di simpang Kg. Menchali, Pahang, belok kanan terus lepas tu belok kiri kami terus ke penginapan kami di kelab Golf Serai Di Lanjut, sebuah Kelab Golf yang
amat terkenal di sini. Kelab nih cantik sangat. Aku dah jatuh hati kat
tempat nih. 

Jam 6.30 petang, kami ke Ke Jeti Lanjut. Dekat jer
dari dari penginapan. Kalau korang nak tau, keluar dari gate Kelab Golf, belok
kiri, terus je sampai jumpa ikhwan resort. Jeti tu sebelah Bangunan Ikhwan.

Nak tau apa kami dapat? Tengok gambar!!
Kebetulan sekarang nih musim hujan dan air sungai Pahang naik, memang sesuai sangat
kalau nak carik udang galah di sini.. he he he. Umpan dia cacing tanah je!!

Pict0199

Udang & udang

Pict0193

Aku & udang


Pict0196

Airwan & udang

Pict0195

Rahman & udang

Budget

Sewa Syalet kami tidur cuma RM 350 satu malam. (boleh muat 4 org.. RM 87.50 sorang, tapi penginapan kami kali ini di taja oleh Kelab - on the house!!!)
Petrol - RM 100 Pergi balik, waja auto.
Makan - sepanjang jalan murah & sedap.
Tol – murah ya amat - naik highway di Batu Tiga, Shah Alam dan keluar kat Kuala Pilah. Pi balik baru RM
19.00 kalau ikut Karak Highway tol saja dah dekat RM 80 gi balik. Oleh yang demikian, buget bagi 4 org lebih kurang RM
117.25 sorang (tak masuk makan). Murah kan?? (sebab penginapan ditaja oleh Kelab Golf Serai Di Lanjut, kami cuma keluar modal RM 29.75 je sorang….. haha best best!!)

Tahukah Anda Keturunan Processor Komputer Anda?

November 29th, 2006 by ashrap

Hai? Selain kerjaya utama saya sebagai Perancang Bandar, saya juga aktif dalam bidang  baik pulih komputer. Dalam beratus-ratus PC saya repair dan macam-macam jenis, ada satu yang tetap sama. Keturunan Processor Intel. Semua komputer yang yang ada chip Intel adalah berketurunan MELAYU. Tak percaya?? Lihat gambar. (click untuk besarkan)

Pict0033

Processor Intel Pentium 4, 1.6 Ghz

Pict0038

Processor Intel Celeron, 700 Mhz.