Kuala Lumpur

November 20th, 2006 by ashrap

Siapa-siapa yang suka sejarah dan gambar-gambar lama. Jom tengok gambar-gambar lama Kuala Lumpur ini. (Klik untuk gambar besar)

Pic00361

Bukit Bintang, sekarang Jalan nih sesak je tiap-tiap malam. Hmmm Zouk kat sebelah pagar sini kot?

Pic16886_2

Penjara Pudu (Jalan Hang Tuah). Kalau sekarang, kat hujung tu kita boleh nampak Time Square.

Pic60555

Bukit Aman di lihat dari Dataran Merdeka.

Pic19368

Dataran Merdeka (cuba perhatikan pakaian pakcik-pakcik yang tengah lepak tu.)

Pic20990

Brickfields (Lapang Bata) Padang tempat Yap Ah Loy jemur batu bata yang baru siap dari kilangnya, sekarang nih dah jadi KL Sentral.

Ada banyak lagi.. bersambung….

Warkah di Aidilfitri

October 16th, 2006 by ashrap

KetupatpulutAssalamualaikum,
Tak sabar rasanya nak menyambut hari raya, mesti sekarang nih dalam kepala yang kita  ada banyak yang kita nak buat bila raya nanti.
Nak balik kampung, pi rumah atuk, pi rumah mertua, pi sana-pi sini,
Ye lah, raya tahun nih mesti lah nak lebih meriah dari tahun lepas, betul tak?

Raya, paling seronok balik kg, berkumpul ramai ramai… memang best! Geng-geng mak and opah pakat dok kat dapur rumah buat kuih,  anyam ketupat. Anak-anak dara lak sibuk pasang langsir. Geng-geng bapak and atuk lak pulak dok pakat kacau dodol.. tak pun bakar lemang kat laman rumah.. uishkk budak-budak?? lari sana-lari sini.. ada yang main mercun.. abang-abang sedara pula main meriam buluhhh… kedeboommmmm!! Ada jugak yang suka-suka main apii..  woii jangan dekat ngan api tuuu.. terbakar baju karang.. uishh best!!

Raya pertama lak, kumpul geng ramai-ramai.. naik basikal pusing kampung.. collect duit raya.. Masa tu 20 sen pun besar tuu.. Tapi, paling kaya kalau dapat duit raya 5 ringgit.. Sekarang nih duit raya paling kecik pun singgit. Besar tak tau lahh 50 ringgit kot? Raya kedua lak, kita pergi kompleks Yik Foong, main game.. habis kan duit raya yang ada.. hahahaa!!

Amacam raya tahun nih? Sabar-sabar posa kasik setel dulu yek. Oklahh, sempena kedatangan Syawal yang mulia nih, aku ingin mengucapkan  Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin tak kira di mana jua korang beraya. Jaga diri, jaga kesihatan, pandu cermat, bayar zakat. Ok. Jemputlah datang ke rumah yer..

Wassalam.My_bro2

Di mana rusuk ku?

October 8th, 2006 by ashrap

(Dedicated to GhEttO BaBy and all the girls out there)

Adakah kamu tulang rusuk ku?
Atau kamu bukan?

Atau kamu memang benar tulang rusuk ku.

Aku masih belum bertemu tulang rusuk ku?

Aku pernah rasa bahagia sangat bila bersama mu.
Dan pernah rasa rindu bila berjauhan.
Dan terasa sangat sakit hati bila kau menjauhi ku.
Begitu juga bila aku menjauhkan diri dari mu.
Dan apabila kau menyakiti ku, rasa tertusuk hati ini.
Dan bila aku menyakiti mu, rasa bersalah hati ini.
Benar kah kau dari rusuk ku?

Tuhan,
ketemukanlah tulang rusuk ku.
Sebagaimana kau jadikan Hawa
dari tulang rusuk Adam dan Kau temukan mereka.
Aku pohon begitu juga.

Tuhan,
Bertuahnnya Adam,
Kerana tidak tercari cari tulang rusuknya,
Sudah tentu, Hawa cuma satu.
Tapi di zaman ini, ada berjuta-juta.
Tuhan, mana dia tulang rusuk ku?

Kekasih,
Andainya kau tulang rusuk,
kemarilah, dekatkan diri dengan ku,
agar kita bisa menyatu,
menjadi pelengkap,

Kau dan aku adalah satu.

Kau kekasih yang diciptakan dari tulang rusuk ini.

Wallahualam.

ASP Zairol tamat latihan

September 4th, 2006 by ashrap

Dsc00320



Pada pagi Selasa,
29 Ogos 2006. dimulakan dengan tiupan semboyan Polis Di-Raja Malaysia, acara
perbarisan tamat latihan kadet ASP, Inspektor dan Konstabel yang berlangsung di
PULAPOL Jalan Semarak ini sungguh meriah sekali. Tahniah kepada sahabat kita
ASP Zairol Nizal Ishak. Beliau telah tamat latihan dan turut mendapat anugerah
Kadet Terbaik Keseluruhan. 

Berasal
dari Kuala Nerang, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan
Wilayah (Kepujian) Kelas Pertama, UiTM Shah Alam, mempunyai cita-cita untuk
menjadi Pegawai Polis sejak dibangku sekolah lagi. Setelah tamat persekolahan,
beliau melanjutkan pelajaran di dalam bidang Perancangan Bandar daripada
peringkat sijil di POLIMAS dan Diploma di UiTM Seri Iskandar Perak.

Dsc00321Walaupun
mempunyai pendidikan di dalam
bidang perancangan bandar, namun ASP Zairol juga
sangat berminat di dalam bidang kepolisian. Semasa di kolej, beliau diberi nama
jolokan ASP Z oleh kerana beliau mempunyai perwatakan seperti seorang anggota
polis. Sungguh tidak di sangka-sangka, gurauan dan usikan rakan-rakan karib ini
telah menjadi kenyataan. Diharapkan ASP Zairol akan terus maju dimasa hadapan meneruskan kerjaya sebagai Pegawai Polis dan turut membawa bersama pengalaman dan  kepakaran  sebagai Perancang Bandar di dalam bidang kepolisian. Syabas ASP!

(lagi gambar di dalam album)

Urban Redevelopment - Cochrane City

July 26th, 2006 by ashrap

P101_1Aduih, sejak dua tiga minggu nih asyik penat aje. Aku asik balik lewat, tak habis-habis dengan kerja.
Nih semua pun sebab projek-projek yang ada kaitan dengan RMK-9.

La nih aku dok buat projek Pembangunan Semula Cochrane City, KL. Tempat ni kat Jalan Cochrane, kalau tak tau jugak.. dekat bulatan kg. pandan, ada kuarters kerajaan kat situ. Kuarters tu lar, sok-sok tak
wujud dah tempat tu. Ha tak tau jugak? cari sendiri.

Hmm nih aku dah jadi toya dok buat kerja-kerja nih. Ok lah.. nak balik, tak larat dah. Adios!

Bukit Bandaraya

June 23rd, 2006 by ashrap

Wuiks.. fishing again. Ahad lepas, team fishing kami (Jumie) jumpa lokasi baru.. Bukit Bandaraya, Shah Alam. Kata Jumie, tempat tu ok.

Pukul 3 petang kami bertolak.. aku tak sempat nak makan tengah hari (bangun lewat). Hujan lebat pulak tu, namun semangat tetap membara, kata Jumie, aku nih pemancing hardcore.

Sebelum bertolak, aku beli nasik. Tak pa, aku drive, bawak Kelisa Abg Bad. Kereta Jumie tinggal kat rumah kami. Rahman dengan Irwan duduk belakang. So kami terus pi Zam akuarium beli umpan.. lepas tu terus pergi PKNS cari rapala baru.. Aku tunggu dalam kereta, makan nasik. :-)

Kami pun terus ke lokasi. Cara nak pergi ke sana, dari Zam Akuarium Seksyen 9, pandulah menuju ke Bukit Cerakah melalui Seksyen 8, lepas lintas lebuh raya NKVE, belok ke kiri. Kalau terus nanti akan masuk ke Bukit Cherakah. Lepas belok kiri, anda akan jumpa pondok guard. Terus hingga jumpa kawasan rumah teres.. Belok kekanan dan terus sehingga jalan mati.

Lokasi nih memang cantik. Aku rasa tempat nih mesti ada toman dok main-main. Luas juga tasik nih, kiri kanan ada bukit. Masa kami sampai tu tak orang lagi. Tapi sebab hujan, kami patah balik minum teh tarik kat Seksyen 8 sambil sembang worldcup. Argentina belasah Serbia 6-0 semalam.

Hujan berhenti, kami pergi ke lokasi. Jumie sibuk dengan Rapala. Kami bertiga guna cengkerik sebab cadang tu nak cari Si Kaloi. Rahman cepat-cepat je baling. Tinggal si Irwan terkial-kial.. he he he kelakar.. rod tak cukup.. dia belasah ranting kayu buat joran. Real hardcore!! Aku pulak, kejap cengkerik.. tak dapat pun ikan.. jap lagi aku korek tanah carik cacing.. Hmm ada respon. nih mesti anak-anak talapia yang belasah. Tak dapat jugak. Hmm sampai letih aku cari cacing.. agaknya semua cacing takut tengok aku.  Akhirnya, aku layan troling dengan Jumie , Jumie still ngan Rapala dia.. hampeh tak dapat punn.. aku try guna spoon. Baling tarik.. baling… tarikkk… last last sangkut kat dasar.. hahahaa. Hilang spoon RM 13.00.. hampeh.. pinjam kat Jumie spoon tu.

Hari nih, semua tak dapat ikan. Tapi kami puas, puas kerana dapat menikmati keindahan alam. On the way balik, kami pekena cendol pulu+tapai kat Seksyen 7. Kenyang!!!

No komen

June 16th, 2006 by ashrap

Today, I don’t have anythin to say. Too tired . To many works… reports… and sketches. Goodness is, tomorrow is Saturday, ofcourse ‘cuti’. But the bad is, tomorrow got sub-kon work to do.. arghh.. i hope i can go fishing on sunday.